Latar belakang Tentera_Rakyat_Vietnam

Sebelum 1940-an

Semasa Perang Indochina

Semasa Perang Vietnam

Penentangan pemerintah Vietnam Selatan pimpinan Ngô Đình Diệm terhadap Persetiaan Geneva yang menuntut penyatuan antara pihak-pihak Utara dan Selatan menjadi satu entiti politik memaksa pihak Utara bertindak dengan kekerasan.

Penarikan Tentera Darat Amerika Syarikat daripada Indochina berikutan Perjanjian Damai Paris tahun 1973 membuka peluang kepada Vietnam Utara bertindak melakukan serangan melumpuhkan pihak Selatan seterusnya menyatukan kedua-dua negara. Pelemahan Tentera Darat Republik Vietnam akibat terputusnya bantuan senjata A.S menyebabkan pihak itu mudah dikalahkan pihak Utara dalam masa dua bulan. Saigon dikepung pihak Utara pada 30 April 1975 lalu menamatkan konflik selama 70 tahun dalam kawasan Vietnam kemudiannya membantu dalam penyatuan Vietnam moden.